Cari Content Blog Ini

Translate This Blog

Jumaat, 9 Mac 2012

Cara-cara Convert FAT32 kepada NTFS Menggunakan CMD

Cara-cara Convert FAT32 kepada NTFS Tanpa Perlu Hilang Data

File system ada tiga iaitu:

a) Disk File System
b) Network File System
c) Special Purpose File System

FAT 32 (File Allocation Table) dan NTFS(New Technology File System) adalah dua jenis Disk file System yang berbeza. FAT32 digunakan didalam DOS dan Windows 98, tetapi setelah OS dimajukan kepada Windows XP, Disk File System yang baru telah diguna pakai...iaitu: “NTFS” yang mana telah digunakan dengan meluas kerana membekalkan ciri-ciri sekuriti dan prestasi yang lebih baik. Kaedah yang saya ajarkan ini boleh dicuba tetapi jika data hilang semuanya adalah atas risiko sendiri. Tapi yang saya tahu melalui cara ini data taklah hilang. Jika terdapat sebab-sebab tertentu nak convert FAT32 kepada NTFS ikut step kat bawah ini:
• Buka Window Explorer / My Computer dan pastikan anda tahu drive letter yang mana anda nak convert supaya tahu nak type apa kat CMD nanti.
• Pergi ke search bar, cari CMD dan right click dan pilih Run As Administrator.




• Andaikan drive letter anda adalah G: jadi sekarang anda perlu typekan chkdsk G: /f pada cmd. Ini adalah untuk check drive tersebut bagi mengesan masalah dan akan automatic fix masalah tersebut kalau ada.
• Selepas checking siap, typekan pula Convert G: /FS:NTFS dan ENTER.
• Tunggu sampai commant prompt (CMD) tu keluar Conversion Complete.



• Okeh dah siap…untuk memastikannya boleh pergi pada My Computer pergi kepada drive tersebut dan klik properties.






Selasa, 6 Mac 2012

Cara Membuat you might also like:

Cara Membuat you might also like pada Blogspot

"You Might Also Like"  adalah suatu cara untuk membuatkn posting pada blog korang mempunyai thumbnail macam kat gambar dibawah ni...











Iaitu ianya memberikan paparan sedikit kepada posting korang yang dah lama-lama sebelum ini...untuk menarik pengunjung blog kita. Yela bila kita posting baru...posting yang lama tentunya da tersimpan...pengunjung pulak kene cari...tu pun kalu mereka rajin nak search dalam blog kita. Thumnail mcm kat atas ni sangatlah bagus...kalu pasang kat blog korang. Terutamanya pada blog berbentuk "article"

Cara-cara nak buat :

1. Lawati linkwithin di  http://www.linkwithin.com
2. Korang perlu isi tempat kosong yang disediakan.. contohnya macam yang aku buat kat bawah ni:















3.Lepas dah siap isi...klik pada "Get Widget"
4.Seterusnya korang akan dibawa terus kepada page lain seperti kat bawah ni:






















5. Ikut sahaja seperti arahan yang diberikan...sehinggalah apabila korang dah tekan "ADD WIDGET" 
6. Selesai sahaja klik ADD widget..LinkWithin akan muncul pada "Design" blog cam ni:















      
Apabila dah ada dalam design bolehla korang seting nak letak kat ne...Selamat mencuba! senang je...xpayah coding. Mula2 aku pun ingat susah. Tp cuma widget rupanya...