Cari Content Blog Ini

Translate This Blog

Jumaat, 18 Mei 2012

Facebook tak boleh bukak ?? Invalid URL


Masalah Facebook tak boleh akses,  Invalid URL

Posting ni ada kaitan dengan ilmu yang aku kasi kat korang pada posting "cara-cara block webside". Baru-baru ni cousin aku yg guna windows xp xleh akses facebook dia. Ha?! facebook tak boleh bukak dah jadi isu ke? Memang!!! problem ni mungkin baru lagi sebab melalui search google yang aku wat tadi pn tak dapat lagi jumpa penyelesaiannya. Hehee baru tadi je ni...sebab tu la aku wat posting ni..sementara ingatan masih fresh.Korang akan jumpa error message adalah seperti berikut:

The requested URL "/", is invalid.
Reference #9.54e0fc7d.1337238951.d44a27

Aku tak pasti kenapa macam tu. Mungkin sebab virus agaknya.

Aku da cuba system restore, remove unwanted program kat startup, tukar dns server, tetap tak boleh! Bila scan pakai antivirus takde apape hal.. 

Bila aku bukak file 'host' kat laptop dia guna notepad... (kat sini: C:\WINDOWS\SYSTEM32\DRIVERS\etc ) Ingat nak tengok samaada www.facebook.com ada dalam list atau tak. kalau ada aku  nak delete supaya masalah settle. Tapi, file 'host' tu langsung xleh baca. keluar tulisan pelik2. last2 aku terpikir ntuk copy paste file host daripada komputer lain. Akhirnya masalah selesai!!! Boleh pun tengok laman web facebook pastu

Hehee...harap cara ni boleh membantu anda yang mengalami masalah facebook tak boleh buka. Tak payah la perlu format. copy paste je da leh settle..Bangga tul...dapat solve sendiri tanpa bantuan google.hehee..

-sekian-

Cara untuk block webside pada komputer


Kalau nak block sesuatu laman web supaya tidak boleh dilayari pada komputer tanpa menggunakan apa-apa perisian firewall, cara aku ni memang dapat membantu. Bila korang gunakan cara yang aku gunakan ni: semua laman web yang korang letak dalam list akan dihalang daripada boleh dibuka di mana-mana pelayar (browser) seperti google chrom, firefox, opera dan internet explorer.

Korang perlu pergi ke C:\WINDOWS\SYSTEM32\DRIVERS\etc dan ikut step2 yang berikut:

- Pergi start ---> Run ---> dan copy paste alamat kat atas --->enter
- Cari file yang bernama 'hosts'
- Buka file 'host' melalui right click ---> open with notepad
- Seterusnya edit je fail yang ada ip 127.0.0.1 (localhost) seperti mana pada gambar kat bawah tu..(dipetik daripada laman web pctiptricks.net)




Contohnya: kalu korang nak block laman web facebook sebab takut budak2 lalai dalam pelajaran. korang tulis je 127.0.0.1 www.facebook.com dan..tambah je dalam senarai list tu...insyaallah boleh punya. facebook trus xleh aksess. kene block habis.

P/S; Mengikut sumber cara ni pun boleh digunapakai pada windows xp , vista dan windows 7 



Jumaat, 9 Mac 2012

Cara-cara Convert FAT32 kepada NTFS Menggunakan CMD

Cara-cara Convert FAT32 kepada NTFS Tanpa Perlu Hilang Data

File system ada tiga iaitu:

a) Disk File System
b) Network File System
c) Special Purpose File System

FAT 32 (File Allocation Table) dan NTFS(New Technology File System) adalah dua jenis Disk file System yang berbeza. FAT32 digunakan didalam DOS dan Windows 98, tetapi setelah OS dimajukan kepada Windows XP, Disk File System yang baru telah diguna pakai...iaitu: “NTFS” yang mana telah digunakan dengan meluas kerana membekalkan ciri-ciri sekuriti dan prestasi yang lebih baik. Kaedah yang saya ajarkan ini boleh dicuba tetapi jika data hilang semuanya adalah atas risiko sendiri. Tapi yang saya tahu melalui cara ini data taklah hilang. Jika terdapat sebab-sebab tertentu nak convert FAT32 kepada NTFS ikut step kat bawah ini:
• Buka Window Explorer / My Computer dan pastikan anda tahu drive letter yang mana anda nak convert supaya tahu nak type apa kat CMD nanti.
• Pergi ke search bar, cari CMD dan right click dan pilih Run As Administrator.




• Andaikan drive letter anda adalah G: jadi sekarang anda perlu typekan chkdsk G: /f pada cmd. Ini adalah untuk check drive tersebut bagi mengesan masalah dan akan automatic fix masalah tersebut kalau ada.
• Selepas checking siap, typekan pula Convert G: /FS:NTFS dan ENTER.
• Tunggu sampai commant prompt (CMD) tu keluar Conversion Complete.



• Okeh dah siap…untuk memastikannya boleh pergi pada My Computer pergi kepada drive tersebut dan klik properties.






Selasa, 6 Mac 2012

Cara Membuat you might also like:

Cara Membuat you might also like pada Blogspot

"You Might Also Like"  adalah suatu cara untuk membuatkn posting pada blog korang mempunyai thumbnail macam kat gambar dibawah ni...











Iaitu ianya memberikan paparan sedikit kepada posting korang yang dah lama-lama sebelum ini...untuk menarik pengunjung blog kita. Yela bila kita posting baru...posting yang lama tentunya da tersimpan...pengunjung pulak kene cari...tu pun kalu mereka rajin nak search dalam blog kita. Thumnail mcm kat atas ni sangatlah bagus...kalu pasang kat blog korang. Terutamanya pada blog berbentuk "article"

Cara-cara nak buat :

1. Lawati linkwithin di  http://www.linkwithin.com
2. Korang perlu isi tempat kosong yang disediakan.. contohnya macam yang aku buat kat bawah ni:















3.Lepas dah siap isi...klik pada "Get Widget"
4.Seterusnya korang akan dibawa terus kepada page lain seperti kat bawah ni:






















5. Ikut sahaja seperti arahan yang diberikan...sehinggalah apabila korang dah tekan "ADD WIDGET" 
6. Selesai sahaja klik ADD widget..LinkWithin akan muncul pada "Design" blog cam ni:















      
Apabila dah ada dalam design bolehla korang seting nak letak kat ne...Selamat mencuba! senang je...xpayah coding. Mula2 aku pun ingat susah. Tp cuma widget rupanya...


Sabtu, 25 Februari 2012

Membuat "Read More" pada Blogspot

Menambah "Read More" pada setiap post / entry

Entry yang terlampau panjang menyukarkan pengunjung untuk membaca blog korang. Mereka ni memang nak tahu isi dahulu...baru akan baca. Fungsi 'read more' membolehkan korang letak summary / teaser kepada entry korang. Berminat nak baca br klik "read more". Macam gambo kat bawah ni:



Pada mulanya aku pn pening...penat aku google kat internet mencari 'blogger tempelate' yang ada fungsi read more. Lama gak aku buang masa cuba cara mcm kat  http://www.allblogtools.com/tricks-and-hacks/sure-way-to-add-read-more-to-blogger/  tapi hampeh jek...tak boleh pun!

Banyak sangat step. Sampai aku pun lost. Pas tu aku jumpa coding kat satu website ni, Cara yang paling mudah...sama jugak cuma copy dan paste coding tapi lebih simple. Cuma 2 step je  korang da boleh memiliki fungsi read more pada blog;

http://sanatengah.blogspot.com/2012/02/cara-menambah-auto-read-more-pada.html

Kalau korang dah cuba mesti jadik kan?? Tapi kepada sesiapa yang tak suka design butang "read more" pada coding ni...Bolehla  mengubahnya kemudian... terdapat banyak web yang menyediakan khidmad design button. Cari jek kat google macam yang korang slalu buat tu... Sekian selamat mencuba dan blaja...

Show Hidden File (advance)

Cara mengubah attribute file

Pernahkah file di dalam pendive tiba-tiba  hilang? atau mungkin juga file tersebut tak hilang, cuma disembunyikan daripada dapat dilihat. Atau... boleh view tp hanya dengan mengunakan folder option? susah bukan? takkan tiap2 kali nk buat mcm tu...



















Cara pada gambar diatas adalah cara biasa. Tak perlu terang lagi. Semua dah tahu kan? Cara dibawah ni adalah untuk ubah attribute file yang hidden supaya dapat dilihat selamanya. Anda perlu menggunakan command CMD ini:

attrib -s -h *.* /s /d

Caranya:
1) RUN --> CMD
2) Explore direktori ke lokasi file tersebut.
3) Typekan command diatas dan ENTER

p/s: Pada command diatas, *.* bermakna namafile.extension dan ia boleh diubah mengikut kesesuaian.

namafile = ialah nama dokumen korang
extention = ialah jenis file (eg: word *.doc,  powerpoint *.ppt, gambar *.jpg)

Sebagai contoh, jika anda mahu view file powerpoint  type mcm ni:    attrib -s -h *.ppt /s /d

Ahad, 12 Februari 2012

Setting MMS & Internet untuk DiGi

Cara Setting Internet pada HTC - Incredible S
 
Specs: 8 mp camera, 
8GB memory , Android 2.2 froyo with htc sense, 3G/EDGE/HSDPA, 


Ok, kengkawan sumer, zaman sekarang semua memang nak pakai gadget2 canggeh kan? Tapi kadang2 binggung juga bila nak pakai sesuatu yang basic seperti MMS dan internet, tapi tak boleh! setting kat bawah ni aku bagi situasi untuk setting internet pada SmartPhone HTC Incredible S yang tak boleh setting secara automatik. caranya:


1. Pergi ke "Settings" dan scroll pilih "Wireless & networks".
2. Skroll dan pilih "Mobile networks" kemudian "Access Point Names".
3. Tekan "Menu" dan tekan "New APN".
4. Skroll untuk pilih "Name" dan namakan DiGi Internet.
5. Tekan "OK".
6. Skroll "APN" dan tuliskan padanya diginet.
7. Tekan "OK".
8. Kemudian skroll dan letakkan pada "Port" masukkan 9201.
9. Tekan "OK" dan tinggalkan yang lain, tak perlu isi!
10. Tekan butang "Menu" dan tekan "Save".
11. Ok, phone da bole main internet

Perlu di ingat ye? bila da setting internet tolong sedia maklum, semua smartphone boleh auto online. Jadi berjaga-jagalah. Jangan kalau tiba-tiba bill tinggi, korang salahkan telco (Eg: DiGi, Maxis, Celcom). Kita pakai telefon. Kita kene tahu lah...tahu setting nak online, tau setting nak off kan dia...


Kat atas tu adalah link yang korang leh gunakan untuk setting apa jua phone, tapi bagi pengguna2 DiGi je la (heehee aku dapat daripada kawan aku yg merupakan staff DiGi). Akan datang aku akan update plak link untuk setting daripada telco lain. Tak jumpa lagi member2 dari Maxis atau Celcom, Sekian dulu...