Cari Content Blog Ini

Translate This Blog

Ahad, 15 Januari 2012

Menukar ikon Pendrive

Pendrive vs autorun.inf
Tahukah anda sebenarnya penampilan icon pendrive boleh diubah? Caranya mudah sahaja dengan menaipkan command pada notepad kemudian savekan ia sebagai autorun.inf…Icon tersebut mampu muncul sebab kita menggunakan command pada file autorun.inf yang kita buat sendiri. Mungkin ada yang telah tahu cara ini. Tapi saya nak share gak…



  1. Buka notepad (eg: start > run > taipkan ‘notepad’ tanpa tanda ‘ ’ )
  2. Dalam notepad taipkan command [autorun] dan command icon=nama icon anda (eg: icon=bumi.ico). pastikan fail icon adalah jenis yang mempunyai nama hujung .ico dan pastikan tiada jarak antara =
  3. Savekan notepad tadi di dalam pendrive anda dengan filename sebagai autorun.inf
  4. Pastikan anda telah meletakkan autorun.inf yang telah anda buat, beserta icon pilihan di dalam pendrive bersama-sama seperti contoh yang saya buat dibawah.
  5. Hasilnya lihatlah icon pendrive anda telah bertukar!!! Jeng jeng…anda juga boleh mengubah icon pada Hard Disk Drives C: atau D: anda dengan menggunakan teknik ini.
Mengikut pengalaman saya, pertama: sesetengah virus komputer menggunakan file autorun.inf seperti ini untuk melaksanakan program virus secara automatik. Virus ini juga mampu menukar/mendelete file autorun.inf sedia ada kepada fail autorun.inf yang mempunyai arahan untuk melaksanakan virus. Oleh itu sekiranya anda dapati icon pendrive anda tidak kelihatan…berjaga jagalah sebab berkemungkinan pendrive anda telah dijangkiti virus…hehehee^ ^
Kedua: kadang-kadang sesetengah antivirus akan menggangap autorun.inf sebagai sesuatu yang membawa ancaman dan bersifat bahaya. Jadi awal2 lagi bila scan, antivirus telah diprogramkan untuk delete autorun.inf ni…Kesimpulannya: Bila anda dapati icon pendrive anda telah hilang…kemungkinan autorun.inf yang anda buat telah terdelete atau ianya telah ditukar kepada autorun.inf lain oleh virus. OK?? Senang je buat, tapi senang gak kene delete…ahahahh…
Platform: WinXp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan