Cari Content Blog Ini

Translate This Blog

Jumaat, 28 September 2012

Terminologi Keselamatan Internet dan Hacking


Keselamatan Internet dan Terminologi Hacking

KEYLODGGER
-keylogger merupakan suatu alat untuk memantau dan merakam segala perbuatan kita melalui
aktiviti kita pada keyboard. Biasa digunakan oleh Cracker dan Hacker.
Jaga-jaga, sebab Setiap huruf, simbol dan apa sahaja yang kita tekan di keyboard senang2 je boleh direkod,
kemudian log/catatan/rekaman tadi akan dihantar kepada penggodam kalau Keylogger ni ada terinstall dalam PC korang.

PHISHING/PHARMING
- Bukan memancing ye, ejaan pn lain! Definisi yang sangat mudah iaitu "replika" laman web! Meniru bulat2 laman web lain, untuk dapatkan username dan password mangsa.
Hati-hati bila menggunakan laman web bank. Pastikan laman web tu yang asli. Caranya:
-Biasanya laman web Bank akan dimulai dengan HTTPS, bila nak login (Ada beza antara HTTP dan HTTPS) kalau HTTP pikir 2 3 kali
-Tengok alamat pada adress bar, Pastikan URL yang betul bagi website berkenaan

SPAM
-INi semua dah tau. Takpe, nak gtau jugak, Definisi yang mudah... email atau mesej2 sampah!!! Biasanya email kita dah pun ada filter untuk
bahan yang berunsur SPAM. Stakat ni aku guna Yahoomail, dan gmail OK xde masalah SPAM. Cuma bagi yang gatal2 tangan nak tengok, beringat ye... SPAM kadang2 ada virus,
keylogger dan email2 tipu yang mempunyai ayat2 manis ataupun amaran bagi menjerat korang; Eg: email daripada bank untuk buat pengesahan akaun,
email kosong yang ada link menarik tapi bila tekan xjadi pape... patu pas sehari dua tetiba komputer hang dan xleh dan hanta kedai, dan yg paling menarik email menjana pendapatan online (eh..macam da telibat je tulis contoh ni.hahaaQ..) Xyah la gatal-gatal tangan
Kene tipu je...

http://noobieshack.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

PING
-Ping bermaksud "Hello...ada orang tak??" senang faham kan? Ping ialah untuk kita tahu sama ada rangkaian available ataupun tidak. Semasa ping dilakukan sejumlah packet akan dihantar kepada destinasi kemudian
sekiranya sampai maklumat delivery yang diterima tadi akan ditafsir. Kalau packet sampai line ok, xsampai xok. Nak test buat? Pegi CMD, pastu type Ping www.google.com cube tengok...
ada tak keluar packet sent berapa? packet receive berapa? tu la operasi ping, kalu packet sent xsama dengan package receive ada masalah la, atau sent je ada received xda...tu line xde la

DOS attack VS DDos Attack
Denial-of-Service Attack (DoS Attack) atau Distributed Denial-of-Service Attack (DDoS Attack) ialah satu kegiatan serangan internet bagi melumpuhkan sesebuah komputer/web supaya hang, tak berfungsi, dan xboleh digunakan user lain
Beza DOS dengan DDos, DOS ialah serangan yang datang dari satu sumber, DDos pulak datang dari banyak sumber. Asalnya benda yang sama je. Ha, macamne konsep DOS/DDos ni? Senang je Dengan
kaedah serangan DoS, permintaan (request/packet) akan dihantar merentasi rangkaian (network) dari sudut serang ke sasarannya dan memperbanyakkan ia dengan permintaan yang palsu. Dengan memperbanyakkan permintaan tersebut,
maka permintaan yang asli tidak dilayan, dan dari situlah berlakunya PENAFIAN PERKHIDMATAN (Denial-of-Service DOS).

ROOTKIT
Amek definisi yang mudah daripada wikipedia ni: Rootkit adalah kumpulan software yang bertujuan untuk menyembunyikan proses, file dan data sistem yang sedang berjalan pada sebuah sistem operasi (OS). Rootkit awalnya ialah aplikasi yang tidak berbahaya,
tetapi sekarang ni telahpun digunakan dengan kombinasi malware/virus/trojan/spyware merbahaya untuk menyorok daripada dikesan. Penah tak kadang2 komputer lembap dan hang yang luar biasa, pahtu bukak task manager, tengok application/proses running tapi takde pape? Tu rootkit da dapat hide la tu!
Rootkit juga terdapat pada sistem operasi seperti, Linux, Solaris dan Microsoft Windows. Rootkit juga mempunyai fungsi mengubah bagian dari sistem operasi dan juga menginstall dirinya sendiri sebagai driver atau modul kernel (fail penting OS).

DEFACING
-Defacing adalah kegiatan mengubah halaman website pihak lain.

NETBIOS ATTACK
Apa itu NetBios Attack? Itu adalah serangan hacking dengan cara merusak sistem Bios komputer mangsa melalui sistem DOS dengan menginjeksi dengan beberapa perintah DOS. Perintah DOS ni ape plak? Ala yang korang slalu nampak tu... CMD! DOS tu CMD la.
Dengan NEtBios Attack, kita dapat membuka file sharing milik orang lain yang terhubung ke PC anda, sekalipun folder sharing yang ada password. Bahkan dapat gak melakukan remote sistem jarak jauh kepada PC orang lain..
Secara tak sengaja mangsa jadi binggung dengan keadaan PC-nya yang tiba-tiba mati sendiri…atau pun tetibe gerak sendiri hantu pakai. INi xpakai hantu raya pakai jari je...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan